Assalamualaikum..
sahabat sihat? Alhamdulillah semoga sihat la ya..
kalau sakit buat ape? kena makan...
-U B A T-
entri kali ni agak panjang sebab saya nak beritahu sesuatu.. saya mengikuti sesi kelas bersama dengan orang yang kerja di pusat agama islam.. unit dakwah jabatan agama islam negeri johor..
sebenarnya nak kata kelas tak juga tapi lebih kepada macam berbincang je.. bincang issue yang sedang berlaku di kalangan umat Islam masa kini.. kes-kes buang bayi.. kes cerai.. kes prhubungan ang macam-macam lagi la.. bincang pasal tajwid pon ade.. so kat sini saya nak share sikit ape yang saya berbincang tadi dengan sahabat sekalian..
1. tajwid dan surah Al-Fatihah
surah Al-Fatihah tu surah wajib dalam solat. ia merupakan rukun.. tahu kan? kalau tahu.. macam mana pula kalu baca Al-Fatihah tak betul? tajwid tak betul? dalam solat kita kena baca Al-Fatihah betul taw.. solat tu tak sah kalau Al-Fatihah tak lepas.. ya.. tak sahla solat tu.. sebab tu banyak aje orang buat bende tak betul even solat dia cukup 5 waktu... sebab dia solat sia-sia.. solat tak sah sebab Al-Fatihah tak betul. jadi sahabat sekalian.. betulkan bacaan Al-Fatihah kamu ya..
khas untuk perempuan tapi laki perlu tahu juga..
oh ya satu lagi kena ingat wuduk dan pakaian.. wuduk perlu betul-betul dan pakaian lak perlu BERSIH.. jangan pakai taram je.. untuk muslimah anada perlu ingat ya.. kita solat pakaian perlu bersih.. so telekung kena bersih.. kalau telekung kat surauatau masjid tu anda tak digalakkan pakai.. mana tahu tak basuh setahun?! nak ke guna?? kalau saya tak mahu la.. boleh aje solat tak pakai telekung tapi pastikan pakai la baju tutup aurat..pakai la handsock pakai la stokin yang bersih.. baju jangan ketat! sendiri fikir la.. da besar kan..
2. jadi tunang tanpa sedar dan kahwin tapi tak tahu...
KISAH ABU & MINAH
abu : minah.. saya suka awak..
minah : saya suka awak juga
KISAH ALI & MARIA
ali : saya nak ikat awak.. janji awak jangan carik laki lain ya?
maria : awak nak ikat saya? saya setuju.. saya janji tak cari laki lain..
dua kisah di atas adalah contoh~
kalau sahabat nak tahu.. bila aje si laki dan si perempuan mengaku kat antara satu sama lain yang mereka suka sama suka dan DECLARE~ maka mereka sudah tunang secara tak rasmi.. maksud yang saya nak sampaikan kat sini ialah mereka yang bercouple itu di kira sedang bertunang secara tak rasmi.. dan kalau salah satu tu curang..berdosa...kerana dia menyakiti ''tunang tak rasmi'' dia.. kita ada kan belajar dalam agama islam time form 5, wali mujbir iaitu ayah atau atuk boleh mengahwinkan anak perempuan mereka yang masih dara tanpa anak tu tahu.. janda tak boleh ya.. harap maklum..
3. cinta
jatuh cinta perkara biasa.. apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu.. apatah lagi orang yang kita jatuh cinta itu di atas jalan dakwah ni.. tetapi kita kena ingat.. kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai.. kita akan berkahwin dengan jodoh kita .. jodh yang Allah dah tentukan sejak azali.. dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang akan kita kahwini..
Allah itu Maha Adil.. dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya.. hamba Dia yang yang sering menzalimi diri sendiri.. sebab hambaNya degil! Dia mahukan sesuatu yang bukan haknya.. yang bukan miliknya..
mencintai seseorang tak semestinya memilikinya..
hiasan semata-mata
dalam Islam.. kita di ajar untuk saling mencintai antara satu sama lain.. jadi.. apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bbas untuk memeluk saudara kita tu.. sebab perempuan.. tetapi kalau dengan seaudara lelaki kita tak boleh la nak peluk sesuka hati.. ada batas-batas yang kena ikot..
batas-batas syariat mengapa perlu? jom lihat kepentingannya..
* nak memelihara kehormatan diri lelaki dan juga perempuan
cube kamu renungkan..
kita menegenali seorang insan yang baik.. sempurna agamanya dan rajin. lalu kita jatuh cinta kepada nya.. ditakdir kan kita berjodoh dengan insan lain.. dan dia yang kita jatuh cinta turut dijodohkan dengan orang lain.. macam mana? nak tak nak kita pasti akan berkahwin dengan jodoh jugak sebab memang itu yang dah Allah suratkan dalam takdir kita..
tetapi.. itu tak bermakna ukwah antara kita akan putus.. kita dan dia.. sama-sama mencari redha Allah.. kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari keredhaan Allah. perbezaannya.. dia halal untuk isterinya.. sedangkan untuk kita dia tetap lelaki ajnabi... cinta bukan luar biasa..per-kahwin pon bukan satu jaminan ya untuk tak jatuh cinta kat orang lain.. kerana sebab itulah berlakunya kes-kes ke-curangan dalam sebuah perkahwinan.. sama ada lelaki atau perempuan..
hati kita ni.. walaupon ia dalam badan kita sendiri.. tapi kalau nak tahu hati kita bukan milik kita taw.. sebab tu kita tak mampu nak mengawalnya.. sebab ia dipegang oleh Allah.. so.. sebab tu la kita kena dekatkan
diri kita dengan Allah.. supaya Allah pegang kukuh hati kita.. bila dia pelihara kita.. msuk dalam hati kita.. baru lah kita akan rasa indahnya cinta.. cinta Tuhan itu indah taw..
diri kita dengan Allah.. supaya Allah pegang kukuh hati kita.. bila dia pelihara kita.. msuk dalam hati kita.. baru lah kita akan rasa indahnya cinta.. cinta Tuhan itu indah taw..
masa kita rase akan cintaNya itu kan.. biar pon satu dunia nak sakit kan kita.. nak buat jahat dengan kita even nak kill kita pon kita tak heran dan tak kisah dan tak sakit pon sebab hati dah penuh dengan nikmat cinta Allah.. Subhanallah.. macamtu sekali hebatnya cinta dengan Allah ni.. sebab tu lah Rasulullah SAW langsung tak gentar biar seribu dua ribu orang yahudi nak bunuh dia.. sikit pon Baginda tak gentar atau menggigil.. sebab hatinya penuh dengan cinta Allah..
bercinta dengan Allah ni tak sama nikmat dengan bercinta sesama manusia.. hanya mereka yang merasainya sahaja yang akan tahu.. nak mencari cintanya senang atau susah? Buatlah ape yang di suruh oleh Allah SWT dan ape yang disunat oleh Rasulullah SAW.. insyaAllah akan peroleh cintaNya.. tetapi perlulah ingat.. mesti buat dengan hati yang ikhlas..
walaupun sesiapa pon jodoh yang Allah hantar kat kita.. kita kena REDHA.. ucap lah Alhamdulillah.. mungkin jodoh kita tu orang yang kita suka.. dan mungkin orang yang paling kita benci.. tapi Allah lebih tahu apa yang Dia buat so kita sebagai hamba kena akur.. wajib ya akur dengan ape yang Allah tentukan.. tak boleh nak bantah-bantah.. no..no..no...
kita kena ingat ya.. setiap diri manusia tu tak sempurna.. masing-masing ade kelebihan dan kekurangan.. perempuan dan lelaki itu berpasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.. itu la sebab nya ade kurang ade lebih.. mungkin kelebihan dia adalah kekurangan kita dan begitulah sebaliknya.. so dia boleh menutup kekurangan kita and kita pon.. mana tahu kelebihan kita kekurangan dia so boleh la kita tutup kekurangan dia.. see.. lengkap! sama2 tutup kelemahan pasangan..
jodoh kita orang yang kita benci?? benci boleh tukar jadi suka.. kalau setakat kita tak suka dia.. benci dengan dia tak jadi hal la.. perasaan boleh di pupuk.. takkan laa Allah nak kasi kita orang yang tak elok? kes orang cerai dan kes suami jahat? kalau nak tahu kan.. kebahagiaan hidup dalam berumahtangga ni satu aje kunci dia.. SOLAT.. 90% orang yang rumahtangga rosak cerai ape semua bagai tu sebab tak jaga solat la..
solat tu kan hindarkan diri kita dari fitnah dunia.. cuba ingat balik kisah hidup Rasulullah dan keluarganya.. walaupon miskin tapi tak ada masalah pon.. so amek la Baginda sebagai contoh.. agama paling utama sekali.
khas untuk perempuan tapi lelaki pon perlu tahu juga..
kes dapat suami jahat? suami tak betul? ada dua kemungkinan sahaja.. Allah mungkin nak temukan kita dengan pasangan yang salah supaya kita hargai pasangan kita yang baik.. kenapa begitu? baiklah.. mungkin Allah tahu.. kalau Allah bagi kita yang betul kita tak akan hargai.. so dia bagi la kita yang salah dulu.. Dia lebih mengetahui.. kita bersangka baik la dengan segala apa yang Allah takdirkan pada kita.. Setiap ujian yang Allah bagi tu pasti dapat kita selesaikan kalau kena gayanya.. Allah tak kan uji hambanya kalau hambanya tu tak mampu hadapi.. okay itu yang pertama dan yang kedua mungkin balasan sebab dosa kita.. mungkin Allah bagi kita suami jahat sebab dulu kita banyak mainkan perasaan lelaki.. dan nak kita sedar dan bertaubat kepadaNya.. see Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil.. Maha Penyayang.. tiap yang berlaku ade sebabnya..
_________________________________________________________
jadi.. kita kena bersyukur dengan ape yang kita ada sekarang.. cari la cinta Allah.. kerana cinta yang satu itu kekal abadi.. orang barat selalu cakap kena ikot zaman.. so hukum agama mesti ikot zaman juga.. tapi sebagai Islam..walau zaman ape sekali pon yang kita akan lalui.. agama Islam tak berubah dan perlu aplikasi di mana-mana sahaja..
jadi sahabat sekalian.. saya sayang kamu semua dan saya tak mahu kamu semua buat benda tak elok.. kalau boleh hindar.. ni saya pesan untuk diri saya juga..bukan sahabat aje.. kita semua ni.. kalu boleh hindar la buat benda tak elok.. saya mintak maaf kalau ade yang tak puas hati atau tergores hati.. dengan ape yang saya post nih.. saya manusia je.. bukan malaikat.. baiklah selamat beramal sahabat semua.. saya doakan kamu bahagia dunia akhirat dan kamu juga tolong la doakan saya juga ya.. bahagia dunia akhirat.. saya hanim mazlina binti mazlan.. selamat berkenalan dan selamat beramal..
by miss lala lily yang kepenatan menaip : bubui
0 comments:
Post a Comment