Wednesday, May 18, 2011

sambutan hari guru! 16 mei 2011


Assalamualaikum...

cerita dua hari lepas

16 mei 2011 bersamaan hari isnin 
saya sambut hari guru kat sekolah teknik sepang
pergi sana dengan afiq dan juga kawan afiq.. saya tak ingat nama kawan dia
sebab tak rapat dengan dia langsung
and muka dia pun saya tak cam.. macam tak pernah nampak pun
masa zaman sekolah dulu dulu

niat hati pergi sekolah nak amek sijil spm aje tapi si afiq and kawan dia
nak jumpa kawan kawan laki dia so saya follow la diorang

saya sorang je perempuan di kalangan geng lelaki tu
ada je perempuan lain saya kenal tapi tak rapat
saya tak tahu nak cakap apa dengan mereka
so saya stick dengan afiq.. saya takut nanti afiq tinggalkan saya!

well..  ada dua kawan saya (lelaki) time sekola rendah dulu
saya kenal dan bole la cakap dengan diorang
banyak benda boleh dibualkan tapi.....
bila kawan sekolah rendah saya bersama kawan lelaki dia
saya jadi senyap... mereka mereka pun mesti tak cam saya
sebab cara pandangan mereka macam mengatakan

''siapa dia ni? budak sekolah sini ke?''

saya mula mula ajak kawan saya fara datang tapi..
dia tak bole datang sebab tak ada transport so saya terfikir amsyar pulak
hurmm encik amsyar pula cakap tak pergi kot sebab dia malas
saya segan la nak ajak banyak banyak kali so saya ajak pojie
err bukan ajak tapi saya paksa pojie datang teman saya
sebab saya tahu saya akan sorang2 je..
takde geng perempuan yang saya rapat datang sedih betul!
konon je kata nak datang time hari guru.. huh!

and guess what? rupanya amsyar jadi datang.. haish..
oh ya.. pasal sambutan hari guru kat sekolah pulak...

sambutan hari guru kat sekolah macam biasa la kita jumpa cikgu
and wish ''selamat hari guru''
salam dengan cikgu and borak borak.. cikgu yang paling saya suka borak
sir syah! my eng teacher.. sir sangat cool steady dan sangat best
saya sangat sayang dia.. seronok borak borak dengan dia

then bergambar.. saya takde gambar nak upload kat sini sebab masa bergambar
guna camera sir syah.. huhu apa apa pun saya rasa beruntung pergi
sambut hari guru kat sekolah.. 

saya dapat jumpa cikgu cikgu saya 
dapat jumpa dengan kawan kawan sekolah wlaupun tak rapat
and ramai budak budak sekolah sama batch dengan saya tak kenal saya
(terutama lelaki dari kelas lain)
and jugak saya dapat amek sijil spm saya.. tu yang penting sekali..

kawan si afiq pulak tak sombong.. mesra alam woo..
walaupun kitorang tak pernah kenal masa sekolah dulu tapi still
kitorang boleh bawak bercakap and bergurau.. dia baik..
ada ke patut dia suruh saya balik dengan si pojie yang naik motor..
memang TAKKAN saya naik lah.. ada dua sebab..

1. mana boleh naik motor dengan lelaki bukan mahram..
2. saya memang tak suka naik motor

haih.. baru sekejap berkawan
dia dah mengusik.. memang jenis lelaki suka bergurau kot..
tapi.. seronok kenal dengan dia.. kiranya that day ialah hari yang gembira lah
kalau fara ada lagi seronok.. tapi takpe.. benda dah jadi tak boleh nak ulang
apa apa pun.. saya gembira tengok semua kawan kawan gembira
and gembira tengok cikgu cikgu yang berjasa kepada saya masih sihat

''selamat hari guru cikgu cikgu.. saya sayang cikgu''
:)

post by cik anem berkaca mata

0 comments:

Post a Comment

Followers

 

wonky kiddo Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template