Assalamualaikum...
written by Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
bertugas sebagai Timbalan Dekan,
Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU)
dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di
Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO,
beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik.
Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan
page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainuddin’.
________________________________________________________
Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya,
malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik
buat kita semua untuk memburu habuan
dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada
malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ?
Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan
daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan.
Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
(Surah al-Qadr 1-5)
keistimewaan Lailatul Qadar
gambar hiasan je. ni one of kebesaran Allah jugak.
tahu ni ape? ni la orang panggil milky way (:
1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.
2 - Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan,
"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)
3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah
yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).
4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini
dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman
pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.
6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Jom semarakkan penghujung Ramadhan Mubarak yang bakal
meninggalkan kita dalam sedikit masa lagi. mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita
*sekejap je puasa dah nak habis. serius cakap saya tak nak ramdhan berakhir
awal sebab saya rasa puasa kali ni lagi meriah dari raya tahun ni. entah kenapa
saya tak rasa raya tahun ni akan meriah macam sebelum sebelum ni. hmm
0 comments:
Post a Comment