Saturday, August 6, 2011

singgah sahur datang rumah kami (=


Assalamualaikum...


  you won't believe this, crew singgah sahur datang rumah sewa saya!
dia bagi makanan and tengok tengok rumah kitorang. diorang impress
dengan kecantikan kekemasan dan juga kepenuhan rumah sewa kami.
maksud saya kepenuhan tu ialah rumah sewa saya ni fully furnish. try la
teka berapa sewa rumah saya sebulan? rumah saya ada tv plasma, ada
katil double deker 4. ada kerusi kayu jati ada meja makan ada dapur
ada peti mesin basuh pinggan mangkuk. agak agak ada sampai RM1000?

actually RM800 je kitorang bayar. sekarang ni semua budak rumah ada 6
and sorang bayar RM100. murah kan? tuan rumah ni sangat lah baik.
crew singgah sahur tu impress dengan kemurahan rumah kami yang boleh
la dikatakan mewah hohoho.. mereka cakap kami beruntung yang amat.
 
terima kasih crew singgah sahur yang datang ke rumah kami. seronok
la bila kakak kakak dan abang abang datang rumah. tak sangka boleh
jumpa selebriti kat depan mata nih. beruntung nyaaaa kami rasa. makanan
yang kakak kakak abang abang bagi tu pun sedap. habis licin kami makan.

you all cuba la teka siapa selebriti selebriti yang datang rumah kami.
:)

ally iskandar, nurshuhada nurul ain and the rest? hahahaha NOPE!!
selebriti selebriti yang datang tu selebriti NR (non resident)..
student uitm yang duduk luar from kampus/hostel uitm. hehehe...
siapa lah kami ni yang crew tv3 singgah sahur tu nak datang.. diorang
crew NR yang datang tu boleh tahan jugak la antara kakak abang
yang busy. orang berjawatan kan of course lah busy. saya panggil
mereka yang berjawatan selebriti kikikiki..

sorry tau kalau ada yang betul betul ingat crew tv3 singgah sahur datang.
bukan berniat nak menipu. hanya bergurau senda sahaja. tapi yang pasal
rumah kami murah tu betul. yang tu bukan gurauan. memang susah nak cari
rumah sewa penuh dan murah. semoga tuan rumah yang saya duduk ni
sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan oleh Allah SWT. amin~

post by cik anem berkaca mata - red frame

0 comments:

Post a Comment

Followers

 

wonky kiddo Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template