Assalamualaikum
wednesday
cuti nuzul quran. yey cuti. tak ade kelas. but ada koko
koko ganti sebab tak nak buat hari jumaat. so thats mean
26 august ni tak ada koko. selamat la siapa beli tiket 26/8
koko takde so tak perlu dorang skip koko. setakat pegi koko
hari time public holiday takde hal la.
pegi koko
sampai lambat
habis koko pukul 7
kami pergi bazaar
siapa kami tu? saya shue didy and jem.
yup 4 orang. we're housemate. memang plan nak pegi bazaar
tapi mendung! tapi sebab kami ni memang degil so kami pegi jugak.
sampai je rintik rintik sudah. hahaha and bazaar pun dah nak tutup.
rintiknya pulak semakin laju je turun. faham faham lah kan. kalau
rintik dah turun laju ape maksudnya. memang laju kami beli makanan.
tak memilih. pakai beli je ape yang kami nak makan.
Alhamdulillah. rahmat hujan agaknya. dapat banyak makanan free.
orang bagi masa dorang nak tutup kedai. rezeki paling murah, dapat banyak air.
macam macam air dapat. murah rezeki betul harini. and harini memang takde
ape ape masalah langsung. memang cuti dengan tenang dengan aman aje.
on the way balik ke rumah, hoooo memang hujan lebat betul. dah la
tak guna payung. meredah macam tu je. shue balik da pening kepala.
saya? hehehe nasib baik tak sakit kepala atau selesema. macam biasa je.
Alhamdulillah. memang hari ni hari yang tenang dan gembira lah buat saya.
dah lama tak merasa hari yang berjalan dengan smooth macam harini.
sangat sangat bersyukur kat Allah sebab beri kesempatan merasa
hari yang tenang and gembira macam hari ni. tapi dalam happy happy
ada satu yang buat saya macam hmmm... kaki saya sakit. kaki ni
dah memang sakit dari pagi lagi. tapi degil kan. paksa diri berjalan.
memang nak sangat pegi bazaar. lama tak pegi bazaar kat pasar malam tu.
ape lagi, redah je la jalan jauh dengan hujan dengan kaki yang bengkak.
agak la teruk bengkaknya. masa paksa diri tu tahan je sakit. tak
fikir sangat. ni dah sampai rumah sakitnya bertambah tambah. adei.
makin bengkak oh kaki. tapi nak buat cam ne biar je la. hehehe
saya sendiri tempah sakit. dah tau kaki bengkak nak jugak pegi bazaar
so buat dono je la dengan kaki yang bengkak ni. kalau sakit tahan je la.
yang penting saya happy hari ni. dapat makan ayam percik. dapat makan
roti john, dapat kuih free, dapat air tembikai 3 plastik, free. hohoho
duit rm10 je habis. puas hati betul hari ni. suka suka suka. Alhamdulillah
0 comments:
Post a Comment